sktbakong.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK BAKONG
Lambor Kanan, 32900 Perak Tengah, Perak. Tel : 605-3764731, Faks : 605-3764731
e-mel : sktbakong@zoom-a.com

| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | Buku Pelawat | PERASMIAN |

SEJARAH SEKOLAH



Peta lakar Kedudukan SekolahBangunan pertama sekolah

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1907, bermula sebagai Sekolah Melayu Telok Bakong. Sekolah ini telah dibuka di Kampung Paloh. Muridnya ada seramai 37 orang, yang terdiri daripada lelaki sahaja. Guru Besarnya ialah En. Mohd Maarof Bin Longgok. Beliau bertugas sehingga 13 Januari 1923.
Diatas inisiatif daripada Maharaja Dewa Uda Ibrahim, sekolah ini telah dirobohkan dan digantikan pula dengan sebuah bangunan yang baru diperbuat daripada batang pinang dan beratap nipah. Kemudian pihak pemerintah telah membina sebuah bangunan baru yang terletak di Telok Bakong. Murid-muridnya adalah terdiri daripada lelaki dan perempuan.
Antara Guru Besar yang pernah bertugas disekolah ini ialah:
En. Mohd Tawi B. Hj. Abas                                    13 Januari 1923 hingga 13 November 1942
En. Abdullah Sham                                                   14 November 1942 hingga 1 Febuari 1943
Sekolah Melayu Telok Bakong kemudiannya telah di asingkan menjadi dua buah sekolah lelaki dan perempuan.
Guru besar sekolah Lelaki :
En. Mohd Wahid B. Othman                                     3 Febuari 1943 hingga 8 Januari 1950
En. Mohd Yunus B. Ibrahim                                      9 Januari 1950 hingga 11 Januari 1951
Tn. Hj. Yp. Shahidan. B. Pjg Kolah                          12 Januari 1951 hingga 1 Januari 1954
Guru Besar sekolah perempuan:
Pn. Chah Bt. Alang Mat Jika                                      2 Januari 1949 hingga 15 April 1960
Pn. Sh. Noriah Bt. Syed Ahmad                                18 Mei 1960 hingga 28 Januari 1962
Bangunan kantin sekolah
Bangunan perpustakaan sekolah


1953 - SRJK Inggeris telah ditubuhkan dan menumpang buat sementara di bangunan sekolah melayu.
1954 - Bangunan sementara SRJK(I) telah didirikan.
1970 - Bangunan tambahan SRJK(I) telah didirikan dan telah menjadi bangunan utama SK Telok Bakong sekarang.
1976 - SRJK (I) telah ditutup bangunan tersebut telah menjadi sebagai sekolah cawangan SMDARY, Bota kanan. Guru Besarnya ialah En. Mohd Nuruddin B. Putih Musit.
1978 - Pada 11 Januari 1978, bangunan SRJK (I) telah diambil alih oleh SK Telok Bakong dengan sepenuhnya. Manakala SM telah ditutup dan murid-muridnya berpindah ke SMSMS 1 Lambor Kanan.
Guru-guru Besar SK Telok Bakong selepas itu ialah:
Tn. Hj. Mohd Nor B. Pjg Aris                                        1 Januari 1954 hingga 10 Ogos 1962
Tn. Hj. Ahmad B. Ngah Munak                                     1 November 1962 hingga 8 Julai 1967
En. Mohd Zan B. Alang Sahi                                         1 March 1967 hingga 1 Mei 1969
Tn. Hj. Ismail B. Yp. Mohd Tamin                                  2 Mei 1969 hingga 22 Januari 1980
Tn. Hj. Termizi B. Ahmad Damanhuri                           15 April 1980 hingga 1 Mac 1981
Tn. Hj. Hamzah B. Mat Asi                                             2 Mac 1981 hingga 1 April 1982
Tn. Hj. Mohd Daud B. Hj. A. Aziz                                 1 Mei 1982 hingga 2 November 1987

Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976 oleh Yang Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamed, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.
 



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: